Adik penah cakap dekat saya kamu ni memang tak de perasaan la kakak. Mungkin betul kut kadang2 saya pun rasa kadang2 saya ni tak de perasaan. mungkin saya ni bukan jenis yang prihatin orangnye menyebakan saya tak de perasaan,.
Dalam family saya paling kurang pintar dan saya paling lurus dan juga saya yang paling pemalas menyebabkan apa yang saya buat tidak berapa nak dapat kepercayaan mak dengan ayah saya. Dan sekaligus menyebabkan mak dengan ayah saya paling risaukan saya berbading kakak dengan adik saya. Keadaan ini kadang2 menyebabkan saya kehilangan keyakinan. Bila saya mula bekeyakinan nak buat sesuatu adik saya paling suka patah kan semangat saya. Tapi bukan salah adik saya pun sebab itu semua salah sendiri tak yakin dengan keputusan sendiri.
Sekarang saya dah jadi pelajar universiti. Tapi perangai saya masih tak matang. Selalu keputusan yang saya buat selalu salah. Setiap keputusan yang saya buat selalu menyebabkan saya tak dapat memberi tumpuan dalam pelajaran saya. Ini memang kesilapan terbesar saya. Dari kecik sampai besar mak dengan ayah buat keputusan tentang arah tuju saya. Bila dah besar saya sukar membuat keputusan sendiri. Saya sangat berharap satu hari nanti saya akan menjadi seorang yang boleh diharap. Dalam family saya mak dengan ayah paling risaukan saya. Kadang membuatkan saya rimas dan sekaligus membuatkan saya membuat keputusan yang salah. Tapi itu semua bukan salah mak dengan ayah, tu semua salah saya sebab tak bijak membuat keputusan.
Saya suka berkawan dalam masa yang sama saya tak suka. Saya seorang yang pelik. Kadang2 kawan saya sendiri tak paham dengan saya. Saya seorang yang tak pandai meluah kan perasaan saya. Sebab tu kadang2 ada beberapa kawan saya salah paham dengan saya.
saya ada beberapa kawan. saya teringin nak rapat dengan diorang tapi saya takut nak rapat. Sebab saya penah mengalami banyak kenangan yang agak sedih dengan rakan2 saya lain.
tengah boring2 ni best jugak luahkan perasaan dekat tumblr.
Paling tak suka marah orang. Tapi kadang2 diri sendiri tak perasan dipergunakan dan lansung tak de niat nak marah dekat orang.
Selalu kalau marah pun sebab yang kecik je. hhmmmmm sebab tu kadang2 selalu rasa stress je tapi simpan dalam hati tak tunjuk dekat orang sangat.
sometime my sister make me so angry. But I can’t angry. I don’t know why?
selalu nye kalau paling marah pun masam muka je.
patah hati
petang sat lagi balik kampung.
sampai hari apa ye balik? lupa nak tanya mak. Ala dekat kampung tak de internet tak bestnye, tengok tv je la balik kampung. Tak pun baca komik ataupun tengok cd animea.
Malas pulak nak balik kampung. Tapi tak pe la balik je la dah lama tak jumpa opah